Thursday, March 17, 2011

BAHASA RINGKAS (bahasa sms)



Bahasa ringkas atau lebih dikenali sebagai bahasa sms mula melular ke dalam perbualan seharian masyarakat kita. Ramai dalam kalangan masyarakat kita mula menggunakan bahasa ringkas ini dalam komunikasi harian. Contohnya golongan remaja menggunakan ” apa cer” yang merujuk kepada apa cerita. Ayat-ayat di dalam pengucapan harian sudah pun dipendekan untuk menunjukan elit dan kemegahan. Hal ini demikian kerana terpengaruh dengan budaya sms yang memudahkan masyarakat mudah untuk menyampaikan maklumat semasa berhubung melalui telefon. Tidak dinafikan bahawa tulisan yang ringkas itu memudahkan seseorang itu menaip mesej dan menjimatkan wang dan ruang. Tetapi sedarkah kita, tulisan ringkas itu terbawa-bawa ke dalam komunikasi harian kita tanpa disedari. Masalah ini semakin membimbangkan kerana sudah sukar untuk mengawal. Kadang kala, bahasa ringkas ini sukar difahami golongan tua yang masih terdedah dengan percakapan sedemikian. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menghindari daripada bahasa ringkas ini bagi mendaulatkan bahasa Melayu yang semakin hari semakin dilupakan.

No comments:

Post a Comment