Thursday, March 17, 2011

Keunikan Nama

Semasa saya melawat ke Johor, saya terpandang ke sebuah sekolah di Cha’ah di daerah Yong Peng Johor. Terdapat keunikan pada nama sekolah itu sehingga saya terapanggil untuk pergi mendekatinya. Sekolah itu ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Temu Jodoh. Saya terfikir seketika, nama yang unik ada juga diletakan nama sekolah. Mungkin bagi sesetenah masayarakat menganggap bahawa nama itu cukup unik kadang kala membuatkan kita tersenyum memikirkannya.
Hal ini demikian kerana sekolah itu di anggap tempat bertemu jodoh. Walau bagaimanapun bukanlah bermakna nama Sekolah Temu Jodoh ini tidak baik tetapi menjadi ingatan atau keistimewaannya dalan kehidupan seharian kita. Mungkin sesetengah masyarakat menganggap nama sekolah itu tidak sesuai, tetapi bukanlah perkara biasa kerana terdapat lagi keistimewaan nama tempat yang diambil semperna peristiwa atau kejadian yang berlaku di tempat itu.

Peraturan Bahasa dan Prosa.




Prosa merupakan klasifikasi yang terdapat dalam karya penulisan. Prosa meliputi bentuk penulisan syair, sajak, pantun, novel dan cerpen. Prosa kebiasaannya dikaitkan dengan teknik penulisan kreatif. Ini adalah kerana karya yang dihasilkan akan berbentuk hiburan, santai dan berunsurkan nasihat. Setiap bentuk genre penulisan yang dihasilkan mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat menarik minat pembaca. Keindahan bahasa amat penting dalam penulisan kreatif. Hal ini demikian kerana penulisan kreatif ini memerlukan penghayatan dan penumpuan supaya penulisan yang dihasilkan itu mampu menjadi teladan dan pengajaran kepada pembaca dan masyarakat. Walau bagaimanapun, kesalahan dan peraturan dalam bahasa Melayu haruslah dipatuhi supaya keintelektualan bahasa Melayu itu tidak dicemari yang berkemungkinan akan menyebabkan bahasa Melayu yang sebenarnya tidak lagi dituturkan oleh masyarakat. 

Blog dan Bahasa



Pelbagai bahan digunakan untuk mencari maklumat dan melontar pandangan mengenai apa-apa yang ingin disampaikan. Bahan-bahan penulisan kini tidak mematuhi peraturan berbahasa. Hal ini bermakna bahawa penulis-penulis kini tidak mementingkan dan tidak mematuhi peraturan dalam berbahasa. Misalnya, penulisan blog yang kian popular di kalangan penulis. Penulisan blog tidak menitikberatkan peraturan berbahasa dalam menghasilkan penulisan yang berbentuk pendapat mahupun idea yang dicambahkan melalui blog. Kata singkatan, pencampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seolah-olah telah menjadi ikutan penulis kini. Ini adalah disebabkan kebebasan menulis tanpa mengambil kira aspek peraturan bahasa. Jelaslah bahawa kebanyakan bahan-bahan penulisan pada masa kini tidak mematuhi peraturan berbahasa sebagai asas dalam penulisan sesuatu karya. Bahan-bahan penulisan pada masa kini tidak mematuhi peraturan bahasa kerana penulis memandang ringan terhadap penggunaan bahasa yang digunakan. Penulis seharusnya mempunyai kesedaran terhadap hal ini kerana memahami peraturan berbahasa adalah penting dalam penulisan kerana boleh mempengaruhi hasil penulisan supaya berkualiti dan diiktiraf oleh pembaca.

Kesalahan Papan Tanda




Saya terbaca di dalam akhbar yang menunjukkan papan tanda yang boleh dianggap melanggar makna bahasa Melayu. Komunikasi untuk menyampaikan maklumat penting, tetapi perlulah menggunakan bahasa dengan betul. Kepentingan memahami peraturan bahasa dalam penulisan amat penting supaya laras kefahaman pembaca dapat dicapai. Penulisan yang mengikut peraturan bahasa akan mengekang pembaca menimbulkan kekeliruan dalam memahami konteks ayat yang ingin disampaikan oleh penulis. Sebagai contoh, gambar diatas merupakan kesilapan yang dilakukan dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. "AWAS DIBENARKAN TERJUN DI SINI' merupakan kesalahan peraturan bahasa yang dilihat dapat mengelirukan sesetangah pembaca kerana bukan semua pembaca dapat memahami ayat yang tersirat disebalik kenyataan tersebut. Antara kesalahan peraturan bahasa yang selalu dilakukan oleh penulis adalah kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan boleh membuatkan pembaca memperlekehkan keupayaan penulis dalam sesebuah penulisan. Hal ini kerana keupayaan seseorang penulis dalam bidang penulisan ditentukan melalui kesempurnaan peraturan bahasa dan keberkesanan pemahaman dari pembaca.

PERLAMBANGAN



Perlambangan merupakan satu nama atau makna yang mendukung sesuatu itu supaya lebih puitis atau membayangkan sifat yang dimilikinya. Kebanyakan unsur alam akan mendapat nama rujukan yang sinonim dengannya. Contoh perempuan selalu mendapat jolokan bunga, manakala kumbang pula nama jolokan bagai lelaki. Tetapi ada juga sesuatu nama itu diberikan kepada binatang. Semasa saya berkunjung ke zoo Melaka, saya terdengar perbualan di antara seorang kanak-kanak dengan ibunya. Ibunya menyatakan kepada anak bahawa ” Aiman bijak macam kancil” yang pada ketika itu dia hendak memuji anaknya kerana dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan ibunya. Hal ini jelas bahawa perlambangan ”bijak” bertepatan dengan perlambangan ”kancil” yang mempunyai sifat bijak. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat untuk mengelarkan sesuatu sifat yang dimiliki oelh manusia kepada binatang.

PERKATAAN BERLAINAN MAKSUD MENGIKUT KAWASAN



            Malaysia mempunyai bebrapa dialek yang tersendiri mengikut negeri masing-masing. Jika dilihat setiap zon di Malaysia mempunyai dialek-dialek tertentu. Contohnya dialek utara, dialek pantai timur, dialek Sabah dan dialek Sarawak. Dialek-dialek ini kadang kala sukar difahami. Hanya penutur dialek itu sahaja yang mengetahui. Dialek ini mempunyai perkataan yang tidak sama dengan dialek lain. Contohnya dialek Terengganu dan dialek Kedah yang mempunyai maksud perkataan yang tidak sama. Semasa pulang dari kuliah, saya terdengar seorang pelajar yang berasal dari Terengganu yang bercakap kepada kawannya yang berasal daripad Selangor dengan perkataan ”binatang”. Hal ini menyebabkan rakannya itu berasa marah dan berlaku sedikit pertikaman lidah. Tetapi berjaya ditenangkan oleh rakan mereka yang lain. Selepas tiba di bilik saya, saya cuba bertanyakan kepada sahabat saya yang berasal dari Terengganu. Beliau menjawab ” binatang” itu perkataan yang tidak kasar. Begitu juga dengan dialek negeri Kedah ”binatang” itu merujuk kepada benda atau kadang kala merujuk kepada makanan. Oleh hal yang demikian, perbezaan semantik bagi sesuatu perkataan adalah berlainan mengikut sesuatu kawasan.

BAHASA RINGKAS (bahasa sms)



Bahasa ringkas atau lebih dikenali sebagai bahasa sms mula melular ke dalam perbualan seharian masyarakat kita. Ramai dalam kalangan masyarakat kita mula menggunakan bahasa ringkas ini dalam komunikasi harian. Contohnya golongan remaja menggunakan ” apa cer” yang merujuk kepada apa cerita. Ayat-ayat di dalam pengucapan harian sudah pun dipendekan untuk menunjukan elit dan kemegahan. Hal ini demikian kerana terpengaruh dengan budaya sms yang memudahkan masyarakat mudah untuk menyampaikan maklumat semasa berhubung melalui telefon. Tidak dinafikan bahawa tulisan yang ringkas itu memudahkan seseorang itu menaip mesej dan menjimatkan wang dan ruang. Tetapi sedarkah kita, tulisan ringkas itu terbawa-bawa ke dalam komunikasi harian kita tanpa disedari. Masalah ini semakin membimbangkan kerana sudah sukar untuk mengawal. Kadang kala, bahasa ringkas ini sukar difahami golongan tua yang masih terdedah dengan percakapan sedemikian. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menghindari daripada bahasa ringkas ini bagi mendaulatkan bahasa Melayu yang semakin hari semakin dilupakan.