Sunday, January 30, 2011

Secantik bahasa seindah makna




NADA, SUARA DAN INTONASI.

Suara amat penting dalam medan komunikasi di antara manusia. Tidak dinafikan suara amat penting dalam menjelaskan sesuatu dengan lebih berkesan. Tambahan pula, seseorang yang terlibat di dalam dunia pendidikan terutamanya guru. Guru seharusnya mempunyai suara yang lantang dan jelas. Hal ini demikian kerana ingin mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Semasa di Stesen kereta api Butterworth, terdapat sekumpulan pekerja asing yang berasal dari Nepal sedang asyik bekerja menarik kebel landasan kereta api di bawah sinar matahari yang terik. Mereka khusyuk melaksanakan tugas mereka. Kedudukan di antara mereka agak jauh. Mereka terpaksa meninggikan suara ketika hendak berkomunikasi antara satu sama lain. Kadang kala dengan seperti mereka menjerit kemarahan apabila arahan itu tidak didengari sahabat mereka atau sahabat mereka cuba membantah atau tidak dapat melaksanakan tugas yang baik. Dapat kedengaran juga bahasa yang agak kasar diucapkan oleh mereka. Kelihatan juga seperti hendak bergaduh. Tetapi selepas selesai melaksanakan tugas mereka, mereka berehat di bawah tempat berteduh di bawah laluan berbumbung penumpang. Dapat dilihat mereka sangat mesra antara satu sama lain. Mereka berbual-bual sambil berkongsi makanan yang mereka bawa. Pada pendapat saya mereka meninggikan suara semasa bekerja, hal ini demikian kerana keadaan yang panas menyebabkan suasana boleh dikatakan agak tegang. Tetapi selepas selesai bekerja, mereka kembali seperti biasa. Nada, bahasa dan percakapan seseorang dapat dipengaruhi oleh situasi dan keadaan persekitaran.