Thursday, March 17, 2011

BAHASA ROJAK



Bahasa rojak sering kali diujarkan oleh masyarakat sekarang. Hal ini dapat dilihat dalam segenap lapisan masyarakat. Termasuklah kanak-kakak sehingga orang dewasa. Jika dilihat bahasa rojak ini sudah mula melular ke kawasan kampung. Dahulu kita lihat masyarakat bandar lebih gemar menggunakan bahasa rojak kerana dapat mengambarkan seseorang itu mempunyai kedudukan yang tinggi dan mampu bercakap dalam dua bahasa. Institusi-institusi pengajian tinggi juga tidak dapat lari daripada penggunaan bahasa rojak. sesetengah pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi termasuklah ketika membentangkan sesuatu di hadapan kelas.
Contoh ” you buat apa sekarang, nanti jom lunch dengan i boleh”. Berdasarkan contoh ini, dapatlah dilihat bagaimana berlakunya percampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak perlu dikawal. Hal ini demikian kerana akan menyebabkan penggunaan bahasa Melayu makin terhakis dalam diri penutur dan secara tidak langsung akan menyebabkan kesan kepada bahasa Melayu itu sendiri.

No comments:

Post a Comment